Kindly follow our backup IG because sadly the previous one (83k followers) has been disabled by Instagram. Click the icon, thank you.

Apa beza Tefal, T-fal dan Teflon?

by Norhidayah Gharzali on July 05, 2021

Ramai customer Onikym bertanya,

"Apa beza Tefal dan T-fal ya? And apa pula kaitan dengan Teflon?"

"Macam mana boleh sama sedangkan ejaan pun berbeza? Betul ke ori nie? Ke copy ori?"

Jadi bagi menjawab segala persoalan tersebut, hari ni admin nak bercerita mengenai apa beza Tefal, T-fal dan Teflon? Bagi menjawab persoalan tersebut, kita kena tahu dulu apa sebenarnya tiga benda yang admin tulis tadi.

1. Tefal

Tefal adalah satu brand cookware yang berasal daripada Perancis yang dimiliki oleh Groupe SEB. Mereka merupakan pembuat (manufacturer) cookware terbesar di dunia. Perkataan Tefal itu sendiri diambil daripada dua perkataan yang sangat sinonim dengan Tefal iaitu TEFlon dan ALuminium. Selain daripada itu, Tefal merupakan pioneer kepada non-stick cookware sejak daripada tahun 1954 lagi.

Tetapi sekarang, Tefal sudah mula membuat bukan sahaja kelengkapan dapur tetapi juga kelengkapan rumah. Daripada cookware seperti non-stick pan, blender dan air-fryer, Tefal kini juga mempunyai kelengkapan rumah seperti steam iron, hand-held vacuum dan banyak lagi.

Info tambahan, Tefal bermula apabila Marc Grégoire mengambil nasihat daripada isteri beliau untuk membuat coating mengunakan Teflon pada alatan cookware yang berasaskan aluminium seperti yang beliau lakukan pada alatan memancing beliau. Tanpa diduga, keputusannya sangat memberansangkan dan 2 tahun kemudian, Marc Grégoire dan isteri, Colette M. Grégoire telah melancarkan Tefal Corporation yang manjadi asas kepada Tefal yang hari ini. Slogan mereka pada waktu itu ialah La Poêle Tefal, la poêle qui n’attache vraimant pas yang bermaksud The Tefal saucepan, the saucepan pan that really doesn’t stick.

2. Teflon

Teflon pula merupakan bahan, substance atau material yang membolehkan sesuatu barang apabila disaluti olehnya, barang tersebut menjadi non-stick dan waterproof. Teflon adalah synthetic chemical dengan nama panjangnya adalah polytetrafluoroethylene (PTFE). Inilah bahan utama untuk membolehkan non-stick pan di bawah Tefal sangat dikenali dan diminati ramai dari seluruh dunia.

Jadi, adakah Tefal dan Teflon berkait rapat? Jawapan mudah adalah ya, kerana tanpa Teflon, Tefal tidak akan dikenali sebagai pioneer kepada non-stick cookware. Dan untuk Tefal menjadi terkenal, meraka kena mengunakan Teflon untuk produk-produk non-stick mereka.

Tetapi, adakah Tefal dan Teflon benda yang sama? Jawapannya tidak kerana Tefal adalah 'brand' kepada cookware yang sangat dikenali di seluruh dunia dan Teflon pula merupakan bahan untuk manjadikan sesuatu cookware atau benda lain manjadi non-stick dan waterproof.

3. T-fal

T-fal pula seperti alih kata daripada perkataan 'Tefal' itu sendiri. Ini kerana Tefal tidak mahu para customers mereka confuse dengan Teflon. Seperti yang admin tulis sebelum ini, Tefal adalah brand dan Teflon adalah suatu bahan synthetic chemical untuk menjadikan sesuatu benda itu non-stick. Teflon adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris, jadi 'T-fal' ini banyak dijumpai di negara-negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti Amerika Syarikat dan Canada.

Jadi, adakah Tefal dan T-fal benda yang sama? Jawapannya ya, kedua- duanya merujuk kepada brand yang sama. Hanya kerana Tefal tidak mahu customers di negara seperti Amerika Syarikat dan Canada terkeliru dengan Teflon, mereka membuat keputusan untuk mengunakan T-fal di negara-negara tersebut.

Now, setelah membaca article ini, admin harap semua mampu membezakan antara Tefal, T-fal dan juga Teflon. Semoga article ini bermanfaat untuk semua. Peace!

LEAVE A COMMENT

Please note, comments must be approved before they are published


BACK TO TOP